Sunday, April 13, 2014

sifat perkauman...

benar kata rasulullah S.A.W....
kaum hawa adalah kaum yang paling banyak didalam syurga dan yang terbanyak di dalam NERAKA...

aku yang dilahirkan sebagai seorang perempuan pun tertanya-tanya, mengapa sikap kaum adam dan hawa berbeza.

aku sendiri tertanya-tanya mengapa kaum hawa suka mengamalkan sikap perkauman. Aku akui bahawa aku lebih senang dan selesa apabila aku berkawan dengan lelaki TETAPI ia tidak bermakna bahawa aku ni seorang yang giler jantan atau perempuan tak tahu malu.

tapi apabila aku mempunyai kawan perempuan, macam-macam perkara timbul. Sebagai contoh, tikam belakang kawan, kutuk mengutuk, pulaukan kawan. Sikap ini jauh berbeza dengan sikap lelaki, KEBANYAKANnya mereka bersikap sempoi dan bersahaja.

aku tahu bahawa aku ni pun bukanlah baik sangat tapi aku tak pernah mengamalkan sifat perkauman seperti mereka yang lain (kawan-kawan aku sekarang). hahahahaha..... mesti korang tertanya-tanya kenapa aku pilih topik perkauman kali ni kan?

sebenarnya inilah yang terjadi pada aku sekarang. ye aku dipulau sekarang diatas sebab yang tak munasabah.
bagaimana perkara ini boleh terjadi??
biar aku saja yang tahu, sebab aku ni tak suka sangat cakap pasal perangai orang KECUALI bila aku dah tak tahan sangat.
huuhuu kalau nak ikut hati baran aku ni, da lama dah aku tulis kat sini tapi aku masih waras untuk mendedahkan aib orang. so aku tahan jela

 pape pon... may allah bless them.

disini saya ingin mengingatkan kepada semua kaum hawa terutamanya janganlah mengamalkan sikap perkauman kerana sifat tersebut boleh memutuskan tali persahabatan dan silaturrahim sesama sahabat tak kiralah samada islam mahupun bukan islam. kita kena ingat bahawa sekiranya kita tidak bertegur antara 1 sama lain ia sudah dikira 1 dosa. jadi marilah kita hentikan sifat perkauman ini. walau buruk macam mana pun kawan itu, kawan tetap kawan itu adalah perkara yang tak kan berubah.

cuba korang bayangkan 1 hari nanti bila kita sudah kahwin, kita terjumpa mereka semula dan pada masa itu anak kita akan bertanya

anak: sapa tu umi??
aku: KAWAN umi...

see kawan tetap kawan itu adalah 1 hakikat yang takkan berubah

aku tak tahu la pendapat korang cmne tapi ni adalah pendapat dan inilah apa yang aku fikirkan

hmm panjang tak?
inilah yang terjadi  BILA AKAL AKU BERKATA...


may allah bless them...