Sunday, April 13, 2014

sifat perkauman...

benar kata rasulullah S.A.W....
kaum hawa adalah kaum yang paling banyak didalam syurga dan yang terbanyak di dalam NERAKA...

aku yang dilahirkan sebagai seorang perempuan pun tertanya-tanya, mengapa sikap kaum adam dan hawa berbeza.

aku sendiri tertanya-tanya mengapa kaum hawa suka mengamalkan sikap perkauman. Aku akui bahawa aku lebih senang dan selesa apabila aku berkawan dengan lelaki TETAPI ia tidak bermakna bahawa aku ni seorang yang giler jantan atau perempuan tak tahu malu.

tapi apabila aku mempunyai kawan perempuan, macam-macam perkara timbul. Sebagai contoh, tikam belakang kawan, kutuk mengutuk, pulaukan kawan. Sikap ini jauh berbeza dengan sikap lelaki, KEBANYAKANnya mereka bersikap sempoi dan bersahaja.

aku tahu bahawa aku ni pun bukanlah baik sangat tapi aku tak pernah mengamalkan sifat perkauman seperti mereka yang lain (kawan-kawan aku sekarang). hahahahaha..... mesti korang tertanya-tanya kenapa aku pilih topik perkauman kali ni kan?

sebenarnya inilah yang terjadi pada aku sekarang. ye aku dipulau sekarang diatas sebab yang tak munasabah.
bagaimana perkara ini boleh terjadi??
biar aku saja yang tahu, sebab aku ni tak suka sangat cakap pasal perangai orang KECUALI bila aku dah tak tahan sangat.
huuhuu kalau nak ikut hati baran aku ni, da lama dah aku tulis kat sini tapi aku masih waras untuk mendedahkan aib orang. so aku tahan jela

 pape pon... may allah bless them.

disini saya ingin mengingatkan kepada semua kaum hawa terutamanya janganlah mengamalkan sikap perkauman kerana sifat tersebut boleh memutuskan tali persahabatan dan silaturrahim sesama sahabat tak kiralah samada islam mahupun bukan islam. kita kena ingat bahawa sekiranya kita tidak bertegur antara 1 sama lain ia sudah dikira 1 dosa. jadi marilah kita hentikan sifat perkauman ini. walau buruk macam mana pun kawan itu, kawan tetap kawan itu adalah perkara yang tak kan berubah.

cuba korang bayangkan 1 hari nanti bila kita sudah kahwin, kita terjumpa mereka semula dan pada masa itu anak kita akan bertanya

anak: sapa tu umi??
aku: KAWAN umi...

see kawan tetap kawan itu adalah 1 hakikat yang takkan berubah

aku tak tahu la pendapat korang cmne tapi ni adalah pendapat dan inilah apa yang aku fikirkan

hmm panjang tak?
inilah yang terjadi  BILA AKAL AKU BERKATA...


may allah bless them...





Sunday, February 23, 2014

warna dan cahaya..

warna....
apa yang korang tahu pasal warna???

bagi aku, warna mempunyai maksud yang tersendiri.. kadang kala ia juga melambangkan perasaan kita, dan kehidupan kita. sometimes, kawan-kawan aku ade  cakap yang aku ni pelik, bodoh dan tak masuk akal tapi itulah yang aku rasa dari aku kecil sehinggalah dewasa. aku seorang yang cintakan warna dan cahaya lampu. macam bunga api... bunga api terdiri daripada pelbagai warna, ia bukan sahaja bercahaya malah ia juga mempunyai pelbagai bentuk...contohnya love






cantikkan?
keluarga aku berancang nak pergi ke ICT  untuk menikmati warna dan cahaya. ada makcik-makcik aku

 tanya nape nk pergi ICT ??
 tak de tempat lain ke???
tempat tu kan mahal

hmm meh sini aku jawab ea....

SUKA HATI KAMILAH NAK PERGI MANA YANG KAMI SUKA....!!!

bagi aku ICT memberi sedikit kegembiraan untuk ORANG MACAM AKU sebab tempat tu cantik sangat.
cuba korang fikir memang tempat tu mahal tapi kenapa masih ada orang yang still datang??
untuk apa mereka datang??
bukan ke tempat tu mahal??

walaupun mereka tau bahawa tempat tu tak berbaloi tapi mereka tetap nak pergi sebab mereka mahu merasa sedikit kegembiraan melalui cahaya yang menyinari pada waktu malam. walaupun secebis ia tetap berbaloi. kegembiraan yang dikecapi bukan sahaja untuk mereka malah ia juga untuk anak-anak yang dibawa. bagi sesetengah ibu bapa , keutamaan mereka adalah anak-anak oleh itu mereka sanggup mengeluarkan duit untuk anak-anak mereka.

ada juga yang berkata bahawa ICT tidak akan bertahan lama... aku faham maksud mereka, yela sape yang nak datang banyak kali kalau harga tiket masuk pon da makan 10 ringgit. apatah lagi nak main permainan kat dalam tu kalau anak2 nak main ke lampu ke , da duit lagi. barang kat situ bukanya murah mahal pulak tu

pape pon aku still  tak tahu sampai bilakah ICT akan bertahan..
hopefully ia bertahan sampai aku kahwin sebab aku nak pergi sana bila aku dah kahwin....




cantikkan???

asalamualaikum.....

best lepak semalam

semalam best gila kot, apa tidaknya aku dapat lepak dengan membe + lecture
mula-mula kami  berboling kat angsana tapi aku x main la sebab aku tak pandai main. so aku just jadi pengadil je n tukang amik gamba je...
disini kita boleh nampak tau perbezaan muka diantara pemain yang menang dan pemain yang kalah

pemain yang menang






pemain yang kalah







huhuhu then malam tu kami merayap pulak kat bazar karat sampai sakit pinggang aku











pape pon malam semalam memang best......

Monday, February 3, 2014

sedih...

berkawan tak bermakna bercinta..
salah ke aku berkawan dengan orang yang pernah memiliki hati aku...?
niat aku dan dia dalam hubungan ini hanyalah SAHABAT, tak lebih dari itu.
kami masing-masing sudah mempunyai pasangan sendiri...
ia adalah pasangan yang kami cintai. aku tahu tiada orang pun yang suka jika pasangannya masih berhubung dengan kekasih lama.
tapi....
hubungan kami sebelum bercinta adalah berkawan jadi apa salahnya jika kami teruskan tali persahabatan yang lama. aku  tahu cara aku bergurau bersamanya agak berbeza tapi itulah cara aku berkawan dengannya sebelum aku bercinta
aku tahu mesti perit untuk dia terima....
aku sayang sangat dekat dia
oleh itu, aku sanggup putuskan persahabatan aku
DEMI DIA........

Sunday, January 12, 2014

orang yang biadap..!!


aku x tau la kenape la orang yang cam ni still nak cari pasal sedangkan kau sendiri da benci dengan aku.
dulu aku cakap ko x matang sebab ko memang x matang plus prangai ko memang cam budak2 tapi aku still couple ngan ko sebab ape?? sebab aku sayang kan ko la bodoh....
sekarang ni bile aku da putus ngan ko, ko nak cakap yang pakwe aku ni x matang plak . ehh sedar la sikit ko x leh same kan prangai pakwe aku ngan ko tu same tau sebab ko ngan dy ibarat langit dan bumi...!!
ko sedar x selama aku kapel ngan ko, ko slalu wat aku malu kat dalam fb. kadang2 lecture pon tegur aku pasal ko , ehh ko sedar x prangai ko lebih memalukan aku..

aku ni jenis bila serius kita serius, bila kita gurau kita gurau.

x macam ko!! dia layan aku baik je x macam ko!
ko bila ngan mmbe ko bole gelak ketawa tp bila ngan aku ko tengking2...

so tolong la jangan biadap

Saturday, January 11, 2014

keliru...









aku x tau kenape dengan diri aku ni .aku selalu keliru dengan keputusan yang aku buat . oleh kerana keputusan yang aku sendiri buat , aku mengalami masalah moody seharian..... adakalanya ia melibatkan dia .
bagi aku , dia telah menjadi sebahagian dari hidup aku . aku sayang sangat kat dia dan aku tau dia juga  sama .  aku x sanggup kehilangan dia , tapi janganlah kita lupa bahawa bukan saja kita yang banyak berkorban malah dia juga banyak berkorban untuk diri kita . adakalanya aku sendiri menitiskan air mata kerana dia sanggup lakukan apa saja untuk aku .
aku hargai sangat apa yang dia lakukan untuk diriku......

Monday, January 6, 2014

pengalaman pertama bersama subway

aku dengan sepupu aku beli subway wat kali yang pertama
mase tu jakon gile mase beli maklum la , ni baru kali pertama la katakan...
so bila kami cakap ape yang kami nak , kaunter tu pon tanye lah

cashier: adik, nak sayur ape??
kami : hah!! boleh pilih sayur ea kak?
cashier: bole cepat la dik
kami : ok , kami nak sayur  salad,tomato,bawang, timun..
cashier: wah!! banyak ye.... adik ni mesti x penah makan subway...
kami: ye.....(malunye...........!!!)


hahahaha malu giler bila kene tegur...pastu mase untuk letak perisa

cashier: adik nak perisa apa??
kami: ooo bole pilih perisa ea???
cashier: bole , mmbe adik x de ke yg penah makan subway??
kami: x
cashier: ooooo...selamat menjamu selera wat kali pertama ye....


malu giler......